1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

Archive for March, 2011

Asid Gastrik,Gastrik

March 22, 2011

Apakah Kaitan Antara Sakit Gastrik dan Sakit Gout

Tags: ,

Saya telah perhatikan satu fenomena yang agak pelik di antara pesakit gastrik yang saya pernah jumpa, iaitu lebih kurang 50% daripada mereka (khasnya kaum lelaki berumur lebih daripada 30) turut menghidap masalah sakit gout.

Sakit gout itu adalah salah satu penyakit moden yang disebabkan oleh perubahan cara hidup zaman moden ini. Seperti masalah sakit gastrik, sakit gout turut berpunca daripada kelebihan asid di dalam badan. Sakit gastrik itu adalah berpunca daripada penghasilan asid gastrik keterlaluan yang melecurkan dinding dalaman perut, manakala sakit gout adakah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam cecari sinovial di dalam sendi-sendi, khasnya sendi pada ibu jari kaki.

Kedua-dua masalah ini adalah daripa usaha badan untuk mengurangkan kandungan asid di dalam badan. Apabila terdapat terlalu banyak bahan berasid di dalam saluran darah, ia akan menyebabkan pH darah menurun. Penurunan pH badan ini akan menganggu pelbagai proses metabolisme yang penting untuk aktiviti harian badan. Jadi, ia adalah penting bagi badan untuk mengekalkan pH darah pada tahap yang selamat.

Demi mencapai tujuan tersebut, badan akan melancarkan tindak balas suap-balik untuk mengimbangkan pH darah. Salah satu tindak balas yang berkesan adalah dengan menyingkirkan kandungan acid itu keluar daripada saluran darah. Ke mana asid itu pergi? Perut: sakit gastrik dan Sendi: sakit gout.

Gastrik,Ubat Gastrik

March 11, 2011

Video Endoscopy Ulser Gastrik Yang Sungguh Ngeri

Tags: , , ,

Bagi mereka yang kerap mengalami masalah sakit gastrik dan telah cuba macam-macam ubat gastrik tetapi sakit gastrik kat perut itu tetap mengganggu setiap hari, kemungkinan besar keadaan gastrik anda sudah menjadi teruk sehinggi melecur dinding dalaman perut seperti yang ditunjukkan dalam video racaman teknologi endoskop.

Jika luka pada perut seperti ditunjukkan dalam video diatas tidak dirawat dengan betul, seseorang itu mungkin mati akibat pendarahan dalaman. Penggunaan ubat gastrik yang salah mungkin akan merangsang luka dalaman tersebut dan menjadikan keadaan semakin teruk. Luka dalaman adalah luka yang paling sudah di atasi. Jadi, sila amalan cara hidup dan tabiat pemakanan yang betul untuk mengelakkan ulser gastrik daripada berlaku.