1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

Archive for March, 2011

H. pylori,Ubat Gastrik

March 10, 2011

Senarai Ubat Gastrik yang Dicadangkan

Tags: , , ,

Rawatan untuk gastrik perut biasanya melibatkan antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria H. pylori dan juga ubat gastrik lain untuk mengurangkan kandungan asid di dalam perut anda untuk mengurangkan sakit dan memupuk penyembuhan.
Jika masalah sakit gastrik anda tidak disebabkan oleh H. pylori, anda tidak perlu antibiotik. Doktor anda biasanya mencadangkan ubat hilang sakit untuk merawat sensasi sakit gastrik tersebut, dan anda juga akan diberi ubat gastrik yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan jus gastrik

Perubatan Sakit Gastrik yang mungkin dicadangkan adalah seperti berikut:

Ubat Antibiotik untuk Membunuh Bakteria H. pylori.

Jika H. pylori ditemui dalam perut anda, doktor anda akan mencadangkan kombinasi antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut. Terdapat pelbagai-bagai ubat gastrik jenis antibiotic, antaranya adalah metronidazol, amoxicillin, tetrasiklin, dan clarithromycin.
Ubat Gastrik Jenis Perencat Pam  Proton

Ubat gastrik jenis ini bertujuan untuk mengurangkan rembesan gastrik dan mempercepatkan penyembuhan. Perencat pam proton mengurangkan asid dengan menghalang aktiviti sel-sel yang menghasilkan asid gastrik. Antara jenama ubat gastrik jenis ini adalah esomeprazole (Nexium), ansoprazole (prevacid), omeprazole (Prilosec), rabeprazole (aciphex), dan pantoprazole (Protonix).

Perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat gastrik jenis perencat pam proton untuk jangka masa yang panjang, khasnya pada dos yang tinggi, boleh meningkatkan risiko tulang rapuh.
Ubat Penghalang Pengeluaran Asid Gastrik (Acid Blocker)

Ubat jenis ini juga digelar sebagai Histamin (H-2) Blocker , ia berfungsi untuk mengurangkan rembesan asid ke dalam perut anda, mengurangkan rasa sakit gastrik dan menggalakkan penyembuhan. Antara jenama ubat gastrik jenis Acid Blocker adalah nizatidine (Axid), ranitidin (zantac), famotidin (Pepcid), dan simetidin (Tagamet)>
Ubat Gastrik Antasid

Ubat Antasid berfungsi untuk meneutralkan asid perut dan memberikan kesan peredaan sakit yang segera. Penggunaan ubat jenis ini mungkin menimbulkan kesan sampingan masalah pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit.