July 4, 2011
Tags: kekuatan batin, sakit gatrik, seks
Gastrik bukan satu masalah yang hanya tertumpu pada bahagian perut sahaja… Sebenarnya, gastrik adalahs satu tanda amalan bahawa badan anda sedang menuju ke arak acidosis, iaitu satu keadaan di mana seluruh badan anda sedang menjadi semakin berasid akibat daripada pencemaran sisa-sisa toksik.

Gastrik dan Seks
Salah satu kesan acidosis terhadap badan adalah kelemahan tenaga batin bagi kaum lelaki. Kualiti hidup seks seseorang akan berkurang dengan mendadak jika dia adalah pesakit gastrik. Bukan sahaja apabila perut itu sedang dibakar api gastrik, malah semasa sakit gastrik belum menyerang lagi. Masa sakit gastrik itu memang tiada mood untuk beromen bersama pasangan, tidak kira lelaki kah perempuan.
Orang yang mempunyai masalah gastrik biasanya mempunyai sistem pengaliran darah dan rasangan saraf yang kurang lancar. Malah ia secara tidak langsung mengurangkan kualiti persembahan ‘senjata’ seks seseorang itu. Anda perlu faham bahawa semua penyakit dalam badan adalah saling berkaitan.
June 23, 2011
Tags: gastrik, sakit gastrik, sakit perut, ubat gastrik, ulser gastrik, ulser perut
Sakit perut adalah tanda awal yang paling biasa ulser gastrik. Kesakitan adalah seperti perut anda sedang membakar atau digigit. Ia juga mungkin rasa seperti kelaparan yang terlampau. Sakit itu boleh dirasai di sekitar pusat dan dada, dan kadang kala merebak ke bahagian belakang badan. Kawasan yang paling biasa rasai kesakitan ulser gastrik adalah di bawah tulang rusuk sebelah kiri badan. Sakit gastrik sering menyerang dalam dua hingga tiga jam selepas makan, ia juga boleh berlaku pada waktu malam ketika perut kosong.
Satu lagi simptom ulser gastrik adalah masalah pencernaan, iaitu perasaan terbakar di tengah-tengah dada. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit ulser gastrik kerap bercegukan (hiccup). Sesetengah pesakit ulser perut rasa rasa sedikit tercekik semasa berceguk. Keadaan ini boleh dikawal dengan sesetengah ubat gastrik tertentu.
Pesakit ulser gastrik turut boleh mengalami pelbagai gejala lain seperti sakit kepala, keletihan, kelemahan dan kulit pucat. Ulser perut mungkin akan menghasilkan tisu parut yang menghalang laluan makanan menerusi saluran penghadaman. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit kerap bermuntah-muntah atau merasa agak penuh walaupun hanya memakan sedikit. Terdapat juga sesetengah individu merasa perut kembung selepas makan, manakala yang lain pula mengadu bahawa keseleraan makan berkurang dengan ketara. Semua faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang tidak disengajakan.