1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

H. pylori,Ubat Gastrik

March 10, 2011

Senarai Ubat Gastrik yang Dicadangkan

Tags: , , ,

Rawatan untuk gastrik perut biasanya melibatkan antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria H. pylori dan juga ubat gastrik lain untuk mengurangkan kandungan asid di dalam perut anda untuk mengurangkan sakit dan memupuk penyembuhan.
Jika masalah sakit gastrik anda tidak disebabkan oleh H. pylori, anda tidak perlu antibiotik. Doktor anda biasanya mencadangkan ubat hilang sakit untuk merawat sensasi sakit gastrik tersebut, dan anda juga akan diberi ubat gastrik yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan jus gastrik

Perubatan Sakit Gastrik yang mungkin dicadangkan adalah seperti berikut:

Ubat Antibiotik untuk Membunuh Bakteria H. pylori.

Jika H. pylori ditemui dalam perut anda, doktor anda akan mencadangkan kombinasi antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut. Terdapat pelbagai-bagai ubat gastrik jenis antibiotic, antaranya adalah metronidazol, amoxicillin, tetrasiklin, dan clarithromycin.
Ubat Gastrik Jenis Perencat Pam  Proton

Ubat gastrik jenis ini bertujuan untuk mengurangkan rembesan gastrik dan mempercepatkan penyembuhan. Perencat pam proton mengurangkan asid dengan menghalang aktiviti sel-sel yang menghasilkan asid gastrik. Antara jenama ubat gastrik jenis ini adalah esomeprazole (Nexium), ansoprazole (prevacid), omeprazole (Prilosec), rabeprazole (aciphex), dan pantoprazole (Protonix).

Perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat gastrik jenis perencat pam proton untuk jangka masa yang panjang, khasnya pada dos yang tinggi, boleh meningkatkan risiko tulang rapuh.
Ubat Penghalang Pengeluaran Asid Gastrik (Acid Blocker)

Ubat jenis ini juga digelar sebagai Histamin (H-2) Blocker , ia berfungsi untuk mengurangkan rembesan asid ke dalam perut anda, mengurangkan rasa sakit gastrik dan menggalakkan penyembuhan. Antara jenama ubat gastrik jenis Acid Blocker adalah nizatidine (Axid), ranitidin (zantac), famotidin (Pepcid), dan simetidin (Tagamet)>
Ubat Gastrik Antasid

Ubat Antasid berfungsi untuk meneutralkan asid perut dan memberikan kesan peredaan sakit yang segera. Penggunaan ubat jenis ini mungkin menimbulkan kesan sampingan masalah pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit.

  1. saya ada gastrik sekarang…baru 2 bulan kena..dalam masa dua bulan tu sampai sekarang masih merasa sesak nafas tak tau disebab kan gastrik or tak..macam mana nak baik?ubat genaton da habis..so doctor swasta suruh saya makan ubat LAZOL beli dekat farmasi..masalah saya sekarang sering sesak nafas je…cek doctor nafas ok…jantung pon ok…tapi kenapa sesak nafas boleh di katakan 24 merasa sesak dada..nafas boleh macam biasa..tapi sesak..dan menyebab kan rasa otot dada sakit…otot belakang badan mula merasa tidak selesa.rasa nak meletop2 kan otot je…kalau boleh tolong saya ini…doctor2 atau penasihat2 berikan pendapat kepada saya…bole add FACEBOOK saya…..FACEBOOK_SYAFIQ@YAHOO.COM….please….urgent…

    Comment by mohd syafiq — April 14, 2011 @ 2:16 am
  2. Akar umbi masalah bermula daripada DARAH! Darah anda adalah pekat dan lekit disebabkan kandungan asid yang banyak di dalam badan. Makan ubab-ubat kimia itu cuma akan menambahkan kepekatan darah anda. Jantung berfungsi untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh badan dan pada masa yang sama ia turut mengepam darah ke peparu untuk menyerap Oksigen. Apabila darah adalah pekat dan lekit, pergerakan darah terjejas, ini menerangkan kenapa anda rasa sesak nafas.

    Anda perlu minum air dengan banyak, khasnya Air Alkali Berionik seperti yang dihasilkan oleh MineralCas Jinliyuan. Sila rujuk kepada http://ubat.gastrik.com/.

    Comment by Pakar TCM — April 17, 2011 @ 3:24 am
  3. [...] serius yang menyebabkan sakit perut tersebut. Kalau ia merupakan gastrik, doktor akan mencadangkan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda. Comments [...]

    Pingback by Gastritis Dan Asid Gastrik « 1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! — June 25, 2011 @ 10:01 am

Leave a comment

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL