May 20, 2011
Tags: air zam zam, asid gastrik, gastrik, ratawan gastrik, ubat gastrik, ulser gastrik
Terdapat ramai pesakit tetap gastik kerap mengadu bahawa ubat gastrik yang mereka sedang ambil selama ini sudah menjadi semakin kurang berkesan dan badan mereka mula menunjukkan tanda-tanda pelik seperti alergi, tekanan darah tinggi, buasir, masalah kulit yang mungkin akibat daripada pengambilan ubat gastrik buat jangka masa yang panjang.
Ramai daripada mereka sudahpun ‘fed-up’ dengan nasihat doktor yang kerap diulang-ulangkan and ubat gastrik yang sama diberikan buat bertahun-tahun. Sudahlah tidak berkesan, kenapa masih terus berikan ubat gastrik yang sama?
Atas desakan sakit gastrik yang amak sengsara itu, ramai pesakit gastrik sudahpun mencuba macam-macam jenis rawatan gastrik alternatif yang lain. Ada yang mencuba herba-herba traditional, ada pula yang sampai pergi mencari bomoh.
Saya tidak tahu apakah logik dan sains di belakang rawatan-rawatan tersebut. Tetapi terdapat satu rawatan gastrik alternatif yang saya rasa sangat kagum adalah…. Air Zam Zam.
Air zam zam adalah air suci bagi umat-umat Islam. Terdapat macam-macam kisah atau testimoni benar yang mengatakan bahawa seseorang pesakit yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti sakit gout dan sakit gastrik boleh merasai sakit mereka berkurangan (adalah yang sampai hilang habis) selepas beberapa berada di Tanah Suci Mekah.
Perkara ini menarik perhatian pakar-pakar kesihatan dari seluruh dunia untuk mengkaji apakah unsur-unsur ajaib yang terdapat di dalam air zam zam itu yang memberikannya kuasa penyembuhan yang begitu menakjubkan.
Kajian saintifik terhadap air zam zam menunjukkan air suci mengandungi mineral-mineral alkali seperti kalsium, magnesium, kalium yang tinggi. Dengan kewujudan mineral semulajadi ini, ia menjadikan air zam zam bersifat alkali. Kealkalian inilah yang boleh meneutralkan asid gastrik yang menyebabkan kelecuran ulser gastrik.
March 10, 2011
Tags: asid gastrik, gastrik, sakit gastrik, ubat gastrik
Rawatan untuk gastrik perut biasanya melibatkan antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria H. pylori dan juga ubat gastrik lain untuk mengurangkan kandungan asid di dalam perut anda untuk mengurangkan sakit dan memupuk penyembuhan.
Jika masalah sakit gastrik anda tidak disebabkan oleh H. pylori, anda tidak perlu antibiotik. Doktor anda biasanya mencadangkan ubat hilang sakit untuk merawat sensasi sakit gastrik tersebut, dan anda juga akan diberi ubat gastrik yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan jus gastrik
Perubatan Sakit Gastrik yang mungkin dicadangkan adalah seperti berikut:
Ubat Antibiotik untuk Membunuh Bakteria H. pylori.
Jika H. pylori ditemui dalam perut anda, doktor anda akan mencadangkan kombinasi antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut. Terdapat pelbagai-bagai ubat gastrik jenis antibiotic, antaranya adalah metronidazol, amoxicillin, tetrasiklin, dan clarithromycin.
Ubat Gastrik Jenis Perencat Pam Proton
Ubat gastrik jenis ini bertujuan untuk mengurangkan rembesan gastrik dan mempercepatkan penyembuhan. Perencat pam proton mengurangkan asid dengan menghalang aktiviti sel-sel yang menghasilkan asid gastrik. Antara jenama ubat gastrik jenis ini adalah esomeprazole (Nexium), ansoprazole (prevacid), omeprazole (Prilosec), rabeprazole (aciphex), dan pantoprazole (Protonix).
Perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat gastrik jenis perencat pam proton untuk jangka masa yang panjang, khasnya pada dos yang tinggi, boleh meningkatkan risiko tulang rapuh.
Ubat Penghalang Pengeluaran Asid Gastrik (Acid Blocker)
Ubat jenis ini juga digelar sebagai Histamin (H-2) Blocker , ia berfungsi untuk mengurangkan rembesan asid ke dalam perut anda, mengurangkan rasa sakit gastrik dan menggalakkan penyembuhan. Antara jenama ubat gastrik jenis Acid Blocker adalah nizatidine (Axid), ranitidin (zantac), famotidin (Pepcid), dan simetidin (Tagamet)>
Ubat Gastrik Antasid
Ubat Antasid berfungsi untuk meneutralkan asid perut dan memberikan kesan peredaan sakit yang segera. Penggunaan ubat jenis ini mungkin menimbulkan kesan sampingan masalah pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit.