1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

Posts Tagged ‘gastrik’

Asid Gastrik,Gastrik,Rawatan Gastrik

May 20, 2011

Air Zam Zam Sebagai Rawatan Gastik

Tags: , , , , ,

Terdapat ramai pesakit tetap gastik kerap mengadu bahawa ubat gastrik yang mereka sedang ambil selama ini sudah menjadi semakin kurang berkesan dan badan mereka mula menunjukkan tanda-tanda pelik seperti alergi, tekanan darah tinggibuasir, masalah kulit yang mungkin akibat daripada pengambilan ubat gastrik buat jangka masa yang panjang.

Ramai daripada mereka sudahpun ‘fed-up’ dengan nasihat doktor yang kerap diulang-ulangkan and ubat gastrik yang sama diberikan buat bertahun-tahun. Sudahlah tidak berkesan, kenapa masih terus berikan ubat gastrik yang sama?

Atas desakan sakit gastrik yang amak sengsara itu, ramai pesakit gastrik sudahpun mencuba macam-macam jenis rawatan gastrik alternatif yang lain. Ada yang mencuba herba-herba traditional, ada pula yang sampai pergi mencari bomoh.

Saya tidak tahu apakah logik dan sains di belakang rawatan-rawatan tersebut. Tetapi terdapat satu rawatan gastrik alternatif yang saya rasa sangat kagum adalah…. Air Zam Zam.

Air zam zam adalah air suci bagi umat-umat Islam. Terdapat macam-macam kisah atau testimoni benar yang mengatakan bahawa seseorang pesakit yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti sakit gout dan sakit gastrik boleh merasai sakit mereka berkurangan (adalah yang sampai hilang habis) selepas beberapa berada di Tanah Suci Mekah.

Perkara ini menarik perhatian pakar-pakar kesihatan dari seluruh dunia untuk mengkaji apakah unsur-unsur ajaib yang terdapat di dalam air zam zam itu yang memberikannya kuasa penyembuhan yang begitu menakjubkan.

Kajian saintifik terhadap air zam zam menunjukkan air suci mengandungi mineral-mineral alkali seperti kalsium, magnesium, kalium yang tinggi. Dengan kewujudan mineral semulajadi ini, ia menjadikan air zam zam bersifat alkali. Kealkalian inilah yang boleh meneutralkan asid gastrik yang menyebabkan kelecuran ulser gastrik.

Gastrik,Ubat Gastrik

March 11, 2011

Video Endoscopy Ulser Gastrik Yang Sungguh Ngeri

Tags: , , ,

Bagi mereka yang kerap mengalami masalah sakit gastrik dan telah cuba macam-macam ubat gastrik tetapi sakit gastrik kat perut itu tetap mengganggu setiap hari, kemungkinan besar keadaan gastrik anda sudah menjadi teruk sehinggi melecur dinding dalaman perut seperti yang ditunjukkan dalam video racaman teknologi endoskop.

Jika luka pada perut seperti ditunjukkan dalam video diatas tidak dirawat dengan betul, seseorang itu mungkin mati akibat pendarahan dalaman. Penggunaan ubat gastrik yang salah mungkin akan merangsang luka dalaman tersebut dan menjadikan keadaan semakin teruk. Luka dalaman adalah luka yang paling sudah di atasi. Jadi, sila amalan cara hidup dan tabiat pemakanan yang betul untuk mengelakkan ulser gastrik daripada berlaku.