1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

Posts Tagged ‘jus gastrik’

Gastrik,H. pylori

December 16, 2010

Pengenalan kepada Ulser Gastrik dan Puncanya

Tags: , , , ,

Ulser gastrik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut, ia boleh merebak sepanjang tiub esofagus sampai kerongkong. Tanda yang paling utama ulser gastrik adalah sakit perut yang agak ketara.
Sebelum ini, ramai daripada kita percaya bahawa masalah gastrik ini adalah berpunca daripada perubahan cara hidup moden seperti kegemaran makanan yang digoreng dan pedas serta tekanan emosi dan lain-lain lagi.Tetapi sekarang para saintis telah mengetahui bahawa sebenarnya ulcer gastrik lebih berpunca daripada jangkitan bakteria dan pengambilan  beberapa jenis ubat.

Ulser gastrik ini merupakan masalah kesihatan yang agak biasa di kalangan manusia zaman moden, sekurang-kurangnya 15% populasi pernah melalui masalah gastrik ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Walau pun ulcer gastrik tidak boleh membawa maut secara langsung, tetapi ia mengganggu cara hidup mangsa dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut pada masa depan.
Punca Ulser Gastrik
Walaupun tekanan emosi dan makanan pedas pernah dianggap sebagai punca utama ulser perut, tetapi kini doktor mengetahui bahawa penyebab masalah ulcer gastrik yang paling utama adalah ialah sejenis bacteria yang digelar Helicobacter pylori (H. pylori).

H. pylori hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungi dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan yang normal, bakteria H. pylori tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan. Tetapi apabila keadaan dalaman badan menjadi lebih berasid, ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria H. pylori ini sehingga ia mengancam lapisan mukus perut dan menyebabkan lecuran atau pencederaan dalaman yang digelar ulser gastrik.
Walaupun H. pylori adalah punca yang paling utama ulser gastrik, tetapi ia bukan satu-satunya punca yang sudah dikenalpasti. Selain daripada H. pylori, terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan ulser gastrik perut, antaranya adalah:

  • Merokok. Nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak yang seterusnya menyebabkan ulser gastrik. Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan ulser gastrik yang sedia ada.
  • Tekanan emosi. Walaupun tekanan emosi bukan punca yang ‘direct’ masalah gastrik tetapi ia masih merupakan satu faktor penyumbang. Tekanan jiwa boleh memburukkan lagi keadaan ulser gastrik yang sedia ada dan menghalang proses penyembuhan.
  • Pengunaan ubat hilang sakit yang kerap untuk tempoh masa yang panjang.  Ubat jenis . Nonsteroidal Anti-inflammation Drug (NSAID) boleh merangsang atau menyebabkan keradangan pada lapisan dinding dalamn perut dan usus kecil. Ubat-ubat hilang sakit yang lain seperti Panadol, aspirin, Vortex, dan lain-lain lagi turut boleh mencetuskan sakit gastrik  yang ketara.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan turut boleh merangsa dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut anda dan ia juga meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan.