1 Malaysia! Neutralkan ASID Gastrik! - Cara Semula Jadi Penyembuhan Masalah Gastrik

Posts Tagged ‘ubat gastrik’

Uncategorized

June 25, 2011

Gastritis Dan Asid Gastrik

Tags: , , , , ,

Gastritis adalah istilah umum yang menjelaskan mana-mana keradangan pada lapisan dinding perut. Kebanyakan pesakit gastrik akan merasa sakit perut, ia mungkin disertai dengan rasa loya dan muntah-muntah.

Bagi kes-kes gastritis yang ringan, ubat bukan preskripsi (yang boleh beli sendiri dari farmasi) mungkin berkesan. Susu Jenis Magnesia, seperti Maalox, adalah sejenis anti-asid. Seperti namanya, bahan aktifnya adalah magnesium. Ubat gastrik ini biasanya dianggap selamat dan berkesan dalam melegakan sakit akibat daripada gastritis. Walaup bagaimana pun, ia bukanlah satu penyelesaian jangka panjang. Jika masalah anda berterusan, anda perlu berjumpa doktor.

Kesan sampingan yang paling biasa bagi pengambilan susu Magnesia adalah cirit-birit. Jika anda mengalami cirit-birit selepas mengambil produk ini, anda boleh cuba guna anti-asid lain. Kesan sampingan yang lebih teruk daripada itu jarang berlaku, tetapi mungkin berlaku, jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang luar biasa ketika mengambil susu Mangnesia, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera.

Susu Magnesia telah membantu pesakit gastrik memperolehi kelegaan dari sakit perut yang disebabkan oleh gastrik, tetapi ia tidak sesuai untuk semua pesakit. Jika anda rasa anda menghidap gastritis, langkah pertama yang paling bijak adalah untuk berjumpa doktor. Doktor boleh mengenal pasti sama ada ia merupakan gastritis atau satu masalah kesihatan yang lebih serius yang menyebabkan sakit perut tersebut. Kalau ia merupakan gastrik, doktor akan mencadangkan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.

Sakit Gastrik,Ulser Perut

June 23, 2011

Tanda-Tanda Ulser Perut / Gastrik

Tags: , , , , ,

Sakit perut adalah tanda awal yang paling biasa ulser gastrik.  Kesakitan adalah seperti perut anda sedang membakar atau digigit. Ia juga mungkin rasa seperti kelaparan yang terlampau. Sakit itu boleh dirasai di sekitar pusat dan dada, dan kadang kala merebak ke bahagian belakang badan. Kawasan yang paling biasa rasai kesakitan ulser gastrik adalah di bawah tulang rusuk sebelah kiri badan. Sakit gastrik sering menyerang dalam dua hingga tiga jam selepas makan, ia juga boleh berlaku pada waktu malam ketika perut kosong.

Satu lagi simptom ulser gastrik adalah masalah pencernaan, iaitu perasaan terbakar di tengah-tengah dada.  Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit ulser gastrik kerap bercegukan (hiccup). Sesetengah pesakit ulser perut rasa rasa sedikit tercekik semasa berceguk. Keadaan ini boleh dikawal dengan sesetengah ubat gastrik tertentu.

Pesakit ulser gastrik turut boleh mengalami pelbagai gejala lain seperti sakit kepala, keletihan, kelemahan dan kulit pucat. Ulser perut mungkin akan menghasilkan tisu parut yang menghalang laluan makanan menerusi saluran penghadaman. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit kerap bermuntah-muntah atau merasa agak penuh walaupun hanya memakan sedikit. Terdapat juga sesetengah individu merasa perut kembung selepas makan, manakala yang lain pula mengadu bahawa keseleraan makan berkurang dengan ketara. Semua faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang tidak disengajakan.